M-Update,4/3/2019,KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika semalam. Dua serpihan iaitu kelepak dan sayap berkenaan dipamerkan sempena ulang tahun kelima Memperingati MH370 selepas kehilangan tragis pesawat itu dari skrin radar lima tahun yang lalu.
Sehingga sekarang, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan milik pesawat Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri dari skrin radar, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang. Walaupun pertama kali dua serpihan itu dipamerkan, sebahagian ahli keluarga mangsa tragedi itu ketika ditemui Bernama, kurang senang melihatnya kerana mereka percaya, operasi pencarian sebelum ini, seharusnya menemui lebih banyak atau serpihan yang lebih besar. – Bernama