M Update, 8/3/2019 – Perbuatan sekumpulan individu yang memukul seekor buaya yang terperangkap di dalam jaring menggunakan kayu dan tukul besi disifatkan suatu perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri Musa Musbah berkata dengan bukti yang ada melalui video tular tersebur, pelaku boleh dikenakan tindakan dibawah kesalahan penganiayaan terhadap haiwan. Buaya air masin bukan lagi haiwan terlindung, pemusnahan haiwan dalam kawasan terdapat aktiviti manusia dibenarkan tetapi tidak dibenarkan di habitat liar haiwan tersebut.
Dengan bukti video yang ada ini, para pelaku boleh dikenakan tindakan terhadap kesalahan penganiayaan terhadap haiwan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini pada Jumaat. Musa berkata kumpulan individu itu sepatutnya menghubungi pihak berkuasa untuk mengendalikan kes haiwan berkenaan.
Mereka sepatutnya hubungi pihak berkuasa berkenaan untuk mengendalikan kes itu kerana buaya terbabit sudah terperangkat di dalam jaring,” ujar beliau. Satu video berdurasi 2 minit 31 saat mula tular pada malam Khamis menunjukkan tindakan sekumpulan individu yang memukul seekor buaya menggunakan kayu dan tukul besi.
Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) ketika dihubungi belum dapat mengesahkan kepastian lokasi sebenar buaya tersebut ditangkap. Pihak kami sedang menyiasat mengenai video yang tular tersebut. Tunggu laporan dari pegawai kami, mereka masih menyiasat mengenai video dan lokasi sebenar video itu dirakam,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo