Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Menarik Pelarburan RM201.7 bilion.

Pada tahun 2018, Malaysia menarik pelaburan bernilai RM201.7 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 5% daripada tahun sebelumnya.

Pelaburan tersebut mambabitkan 4,887 projek secara langsung akan mewujudkan lebih 129,7—peluang pekerjaan di Malaysia. Pelaburan domestik (DDI) menyumbang sebanyak 60.1% iaitu RM121,1 bilion smentara pelaburan langsung asing (FDI) mewakili 39.9% yang berjumlah RM80.5 bilion.

Sektor perkilangan mencatatkan peningkatan pelaburan tertinggi pada tahun lalu yang berjumlah RM87.4 bilion naik sebanyak 37.2% berbanding 2017 dengan China, Indonesia, Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang utama pelaburan dalam sektor ini.

Tahun lalu, FDI dalam projek perkilangan diluluskan dan meningkat kepada dua kali ganda telah menunjukkan kejayaan Malaysia dalam menarik pelaburan berkualiti ke dalam negara dan majority daripada FDI tersebut adalah projek baharu dengan baki selebihnya membabitkan pengembangan dan mempelbagaikan projek mereka. Perkara ini menunjukkan bahawa semakin banyak syarikat luar yang sedia ada dalam negara mengembang dan mempelbagaikan projek mereka dia Malaysia, semakin banyak pelabur antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka.

China, Indonesia, Belanda, Jepun dan AS penyumbang utama kepada pelaburan dalam sektor ini mewakili 76.4% dan sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2018 dengan menjadi penyumbang terbesar dalam jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM103.4 bilion yang membabitkan 4,104 buah projek.

Leave a Reply