Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157

Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Laporan Bank Negara 2018 - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Laporan Bank Negara 2018

Berikut adalah inti pati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 

  • Ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuhan kukuh, berkembang antara 4.2% dan 4.8% pada tahun 2019. Pertumbuhan ini dipacu oleh aktiviti dari sektor swasta, pendapatan stabi dan pertumbuhan pekerjaan dalam masa yang sama daripada peningkatan kapasiti perniagaan yang berterusan.
  • Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.7% daripada 6.8% pada 2018.
  • Sektor pembuatan akan berkembang pada 4.8% berbanding 5% pada 2018.
  • Sektor pembinaan diunjurkan mencatat pertumbuhan sederhana pada 3% tahun ini berbanding 4.2% pada 2018.
  • Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkembang 0.8%, berbanding penurunan 1.5%  pada 2018 berikutan pengurangan pengeluaran gas asli.
  • Sektor pertanian diunjurkan berkembang 2.8% tahun ini selepas susut 0.4% pada 2018.
  • Kadar pengangguran dijangka kekal hampir tidak berubah pada 3.3% hingga 3.5% tahun ini.
  • Pelaburan swasta dijangka merekodkan pertumbuhan 4.9% pada 2019.
  • Pelaburan awam diunjurkan susut pada 7.1% khususnya disebabkan pelaburan rendah oleh syarikat awam setelah penyiapan projek berskala besar.
  • Baki akaun semasa berkemungkinan kekal mencatatkan lebihan, walaupun berkurangan kepada 1.5% – 2.5% daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2019.
  • Eksport Malaysia dijangka merekodkan pertumbuhan 3.4% tahun ini berbanding 6.8% pada 2018.
  • Import akan disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, dengan import kasar dijangka berkembang 4.5% pada 2019 berbanding 4.9% pada 2018 dengan mengambil kira peningkatan semula import perantaraan dan modal.
  • Inflasi teras Malaysia dijangka pada keseluruhannya stabil dan berpurata antara 0.7% dan 1.7% pada 2019 berbanding satu peratus pada 2018.
  • Hutang luar Malaysia, yang berjumlah RM924.9 bilion atau 64.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir 2018, adalah kekal terurus, meskipun secara relatifnya lebih tinggi berbanding median negara sedang pesat membangun setara.
  • Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan dividen RM2.5 bilion kepada kerajaan pada 2018.

BANK

  • Ujian tekanan kesolvenan berbilang tahun BNM terus mengesahkan daya tahan bank-bank dan penanggung insurans di bawah simulasi senario tekanan makroekonomi dan kewangan yang teruk.
  • Bank-bank kekal berkedudukan baik untuk menyerap potensi kerugian menggunakan penampan modal dan pendapatan sedia ada, dengan nisbah modal sistem perbankan selepas ujian tekanan kekal jauh melebihi paras pengawalseliaan minimum.

HUTANG ISI RUMAH

  • Hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia susut kepada 83 peratus tahun lepas daripada 84.3% pada 2017, didorong langkah berhemat makro dalam memperkukuh daya tahan isi rumah.
  • Pertumbuhan hutang isi rumah pada 2018 terus berkurangan pada 4.7%, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan bukan bank yang lebih perlahan.
  • Pertumbuhan pembiayaan peribadi, yang mendorong peningkatan pantas hutang isi rumah sebelum ini, telah berkurangan dengan ketara susulan pelaksanaan pelbagai langkah sejak 2012. Pertumbuhan turun kepada 2.3% pada 2018 daripada 2.8%  pada 2017 (paras tertinggi 25.2% pada 2008).
  • Dalam pasaran hartanah, pertumbuhan harga rumah terus merosot ketika kekurangan permintaan bagi hartanah berharga tinggi, yang kekal tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli selain aktiviti kurang memberangsangkan dalam pasaran perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Ini mendorong penyesuaian bekalan perumahan kepada segmen mampu milik.

Sumber ~ Bernama

Leave a Reply