M Update, 31/3/2019 – Seperti yang diketahui semua orang, minuman tenaga ini adalah sangat tidak baik untuk kesihatan kita. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kisah seorang guru yang mengalami hakisan pada lidahnya akibat ketagih minum minuman tenaga.
Seorang guru sekolah berkongsi gambar menunjukkan keadaan lidahnya menggelupas dan terhakis gara-gara gemar meminum sekurang-kurangnya enam tin minuman tenaga sehari.
Dan Royals memuat naik gambar kerosakan pada mulut sendiri di media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai risiko minum minuman tenaga yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dalam setiap tin. Dan Royals telah pergi berjumpa doktor untuk memeriksa lidahnya selepas dia sedar yang permukaan lidanya terhakis.
Pada kebiasaanya, dia meminum lima hingga enam tin minuman tenaga sehari sehingga doktor memaklumkan mengenai lebihan gula dan bahan kimia termasuk asid amino, vitamin B dan herba telah menyebabkan lidahnya terhakis.
“Siapa minum minuman tenaga? Ketagih? Anda mungkin perlu berfikir semula. Lihat gambar ini apa yang akan berlaku pada lidah anda. Bayangkan kesan pada organ-organ dalaman badan,” katanya dalam satu paparan di Facebook UNILAD.
“Sebelum ini berlaku, saya minum minuman tenaga dan gosok gigi setiap hari hingga bertemu doktor. Doktor memaklumkan kepadanya bahawa bahan kimia dalam minuman itu menyebabkan kejadian ini. Ia memakan lidah anda.”
Jadi berhati-hati lah semua. Hanya untuk pencerahan, saya sebenarnya menjaga kesihatan mulut saya tetapi semua ini adalah berpunca semata-mata dari minuman bertenaga ini. Minuman ini bukan sahaja memberi kesan kepada lidah anda malah beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bagaimana rongga gigi terjadi daripada bahan kimia dan gula. Dan Royals juga ada menyatakan bahawa dia juga merokok tetapi tiada kaitan dengan hakisan lidahnya itu.
Penyelidik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata bahawa satu kajian di AS menunjukkan bahawa rongga gigi boleh dihasilkan dari PH berasid dan kandungan gula yang tinggi dalam produk seperti minuman tenaga. – www.unilad.co.uk