M Update, 15/4/2019 – Sebuah trak dan kereta peronda polis (MPV)telah terlibat dalam kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2, berhampiran Pejabat Daerah Seremban hari ini. Dalam kejadian itu, tiga anggota polis parah manakala lima orang kena tuduh (OKT) cedera.
Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, OKT dibawa dari Mahkamah Seremban ke lokap Balai Polis Sikamat. MPV berkenaan yang berada di hadapan mengiringi trak polis yang membawa 26 orang OKT.
Kejadian itu berlaku apabila MPV cuba mengelak sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti menyebabkan ia terbabas. MPV itu dirempuh trak polis menyebabkan dua kenderaan terbabit tercampak ke kiri dan kanan jalan.
Kejadian menyebabkan tiga anggota polis parah manakala lima OKT yang lain cedera.
Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca sebenar kejadian dan jumlah individu yang tercedera dalam kemalangan itu.
Sumber : Harian Metro