Input your search keywords and press Enter.

MAS nafi senarai bayaran bagasi tular di media sosial

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan, senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul. MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar bagasi tambahan (prabayar) masih berlandaskan tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

“Ada dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (prabayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar ketika daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama. “Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya.

“Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar itu ketika membuat tempahan melalui ‘my booking’ atau ketika aliran tempahan,” kata MAS dalam satu kenyataan. Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi tular menerusi media sosial.

Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada pautan https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Excess-Baggage-What-is…, bagi melihat struktur yang sah. Bermula 8 April lalu, penumpang yang melakukan perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.

Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan. – BERNAMA

Leave a Reply