LONDON: Chelsea menerima tamparan hebat dalam usaha memburu slot Liga Juara-Juara apabila Burnley mengikat mereka 2-2 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Maurizio Sarri turut diarahkan keluar padang, pagi tadi. Jeff Hendrick menghadiahkan Burnley jaringan pembukaan sebelum N’Golo Kante dan Gonzalo Higuain meletakkan Burnley di depan 2-1 hanya selepas 14 minit aksi.
Bagaimanapun, Ahsley Barnes memastikan skuad pelawat kembali menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.Selepas Tottenham Hotspur, Manchester United dan Arsenal semuanya tumpas hujung minggu ini, Chelsea berpeluang mencengkam kedudukannya di tangga keempat EPL.
Keputusan seri itu membolehkan Chelsea merampas semula kedudukan keempat, menyamai mata dengan pasukan tangga ketiga Tottenham, namun dipisahkan berdasarkan agregat gol dan satu mata di depan Arsenal dengan kedua-dua pencabarnya kekurangan satu aksi di tangan. Burnley kekal di tangga ke-15 sambil sembilan mata memisahkan mereka dengan zon penyingkiran ketika berbaki tiga perlawanan liga untuk dimainkan.
Dalam malam yang penuh malang buat Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengalami kecederaan serius pada bahagian otot di atas tumit dan Kante pada bahagian tulang rusuk. Kekecewaan The Blues untuk meraih tiga mata penuh memuncak apabila pengadil Kevin Friend mengarahkan Sarri keluar padang selepas pengendali dari Itali itu dilihat bertegang leher ketika pemain kedua-dua pasukan bertelagah di hujung permainan.
“Ada kalanya anda akan melalui malam seperti ini apabila anda perlu bertahan setiap inci permainan,” katanya. “Ia tetap saat yang membanggakan untuk penyokong melihat barisan pemain mereka memberikan segala-galanya dalam perlawanan.” – REUTERS