M Update, 23/4/2019 – Kerajaan akan membina sebuah Hospital Wanita dan Kanak-kanak (WCH) di negeri Melaka bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka selewat-lewatnya bermula tahun depan.
Bangunan itu akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar di dalam kawasan sama Kolej Kejururawatan Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil.
Hospital itu nanti akan menyediakan 440 katil dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan pesakit antara 35 hingga 40 peratus di Hospital Melaka.
Pembinaan hospital ini akan dilaksanakan mulai tahun depan dan dijangka siap dalam anggaran tempoh dua atau tiga tahun iaitu antara 2022 atau 2023.
Sumber : Kosmo