M Update, 6/5/2019 – Seramai 13 orang pelajar tingkatan empat sesak nafas dan batuk ketika melakukan uji kaji membabitkan bahan kimia dalam makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Dalam kejadian 9.45 pagi itu, pelajar terbabit dikatakan sedang melakukan uji kaji memanaskan iodin dalam makmal berkenaan bersama guru.
Didapati seramai 11 pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki terhidu gas yang dihasilkan daripada bahan kimia terbabit. Semua mereka dibawa ke tempat selamat dan diberikan rawatan awal serta bantuan oksigen oleh paramedik.
Hanya seorang daripada pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut namun keadaannya dilaporkan stabil.
Sumber : Harian Metro