M Update, 7/5/2019 – Nak pergi bazar Ramadan tak salah tapi tolonglah parking kereta tu di tempat yang betul jangan sampai menghalang lalulintas orang awam.
Polis Kuantan mengingatkan orang ramai yang ingin ke bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan jalan raya dengan tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh mengganggu lalu lintas.
Tindakan saman akan diambil sekiranya masih terdapat pemilik kenderaan yang ingkar dengan meninggalkan kenderaan mereka di kawasan yang tidak dibenarkan.
Jangan pentingkan diri dan sesakkan jalan pada waktu puncak disebabkan sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang mengabaikan undang-undang.
Sumber : Harian Metro