Input your search keywords and press Enter.

PM Mahu Pelajar Pantas Menguasai Teknologi

M Update, 14/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pelajar menguasai teknologi terkini dalam pembelajaran supaya tidak ketinggalan.

Perdana Menteri berkata penggunaan teknologi sememangnya membantu dalam sistem dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa ini.

“Masa kini kita melalui fasa di mana pembelajaran di sekolah diajar menggunakan kaedah dan cara baharu. Sekarang kita menggunakan teknologi seperti komputer yang banyak disediakan di sekolah dan cara ini memberi banyak kemudahan kepada pelajar.

Jadi inilah situasi semasa dunia yang mana jika kita tidak tunjukkan kesungguhan untuk belajar sesuatu yang baharu, kita akan ketinggalan,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di sini, semalam.

Beliau berkata sekarang wujud perbezaan ketara antara golongan muda dan mereka yang sudah berusia dalam menguasai dan memahami teknologi. Bagi golongan berusia agak sukar untuk menguasai teknologi baharu, baru-baru ini saya diberi pelajaran cara penggunaan komputer oleh seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang sangat muda, beliau begitu pantas dan cekap dalam mengendalikan komputer. – BH Online

Leave a Reply