M Update, 15/05/2019 – Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda luar pantai Papua New Guinea hari ini, dengan kemungkinan ancaman gelombang tsunami dikeluarkan di negara itu.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada kedalaman 44 kilometer dari timur laut Kokopo di Papua New Guinea.
“Ia sangat besar dan menakutkan.
“Namun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku dan kami tetap memeriksanya,” kata pengarah urusan pusat peranginan Ropopo Plantation memberitahu AFP.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, berdasarkan parameter awal gempa bumi, gelombang tsunami merbahaya mungkin melanda pantai yang terletak dalam lingkungan jarak 1,000 kilometer dari pusat gempa.
“Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kawasan pantai yang diancam bahaya perlu mengambil tindakan dengan memaklumkan serta memberi arahan kepada penduduk di sekitar pantai yang berisiko berdasarkan penilaian mereka sendiri dan tahap ancamannya,” katanya
Dalam kejadian gempa bumi pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 125 maut selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud melanda negara itu. -AFP.