M Update, 18/05/2019 – Minoriti Islam Sri Lanka bersolat Jumaat ketika kawalan ketat tentera dan polis di semua masjid, termasuk yang musnah teruk dalam rusuhan susulan serangan keganasan Hari Easter bulan lalu.
Polis berkata, kawalan keselamatan kekal tinggi hujung minggu ini untuk festival Buddha, Wesak, disambut secara besar-besaran serta ulang tahun ke-10 tamatnya perang pemisah Tamil sejak berdekad lalu.
Ulama berkata, sesetengah masjid rosak membersihkan serpihan kaca dan kotoran lain serta mengadakan solat dengan kehadiran ramai jemaah.
“Kami menerima antara 450 hingga 500 jemaah. Ada enam askar di luar masjid dan ramai polis ditempatkan di hujung jalan,” kata MIM Siddeeque, pemegang amanah masjid Kinyama yang teruk dirosakkan perusuh di Wilayah Timur-Barat kepada AFP.
Siddeeque berkata, masjidnya sudah membersihkan serpihan namun tingkap, perabot dan sistem pembesar suara awam belum digantikan.
Di bandar Minuwangoda, jemaah memenuhi tingkat pertama masjid Hujjaj dua tingkat untuk bersolat walaupun pembaikan belum dimulakan. Penduduk tempatan berkata, sami Buddha dan paderi Katolik turut hadir sebagai sokongan kepada masyarakat Islam. -AFP