M Update, 27/05/2019 – Pakistan akan merayakan Aidilfitri pada 5 Jun ini, menurut laman web melihat anak bulan pertama negara itu dan kalendar Hijrah yang dilancarkan Menteri Sains dan Teknologi, Chaudhry Fawad Hussain.
Ini adalah kali pertama Aidilfitri diumumkan sebelum melihat anak bulan dibuat di Pakistan, mencabar ulama yang percaya perayaan itu dan acara agama lain seperti Ramadan dan bulan Islam perlu diumumkan cuma selepas nampak anak bulan.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada jawatankuasa melihat anak bulan akan berbincang untuk menentukan Aidilfitri.
Hussain berkata, beliau sudah menghantar Kalendar Hijrah yang membuat pengiraan selama lima tahun kepada Majlis Ideologi Islam dan akan dibentangkan kepada Kabinet Rabu ini.
“Saya, secara peribadi percaya tidak perlu ada Jawatankuasa Ruet-t-Hilal (pemerhati anak bulan) di negara ini,” katanya.
Katanya, beberapa jabatan bekerjasama mewujudkan laman web melihat anak bulan dan kalendar Hijrah.
Beliau menjadi sasaran kritikan beberapa sarjana Islam kerana mencabar tugas jawatankuasa pemerhati anak bulan dan peranan ulam Islam yang terbabit dalam amalan itu. — Agensi