M Update, 28/05/2019 – Seorang pelajar Uzbekistan bercita-cita untuk berkhidmat dalam industri pelancongan Islam negara itu, tetapi malangnya tahun lalu taraf dirinya sebagai pelajar terlucut selepas dibuang universiti kerana enggan mematuhi arahan supaya membuka tudung.
Luiza Muminjonova, 19, tidak melakukan kesalahan besar tetapi dia dibuang daripada universiti hanya kerana dia seorang Islam dan berhijab.
“Berani mereka mendiskriminasi dan menahan saya daripada mendapatkan pendidikan yang saya mahukan hanya kerana agama saya?” katanya kepada AFP.