M Update, 30/05/2019 – Seramai 21 orang maut apabila sebuah trak dan bas membawa penumpang dari upacara keagamaan di gereja Katolik bertembung, sebelum terbakar di timur Mexico, semalam.
Menurut sumber rasmi, nahas ngeri itu turut mencederakan 30 yang lain.
Ketua perkhidmatan Perlindungan Awam negeri Velacruz, Guadalupe Osorno berkata, pakar forensik menemui 17 mayat penumpang di dalam bas berkenaan manakala dua lagi mangsa dijumpai di dalam trak.
“Seorang lagi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di hospital dan seorang lagi menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan serius dialami, tidak lama selepas itu,” katanya. – AFP