M Update, 24/06/2019 – Ahli perniagaan Arab Saudi, Majd, baharu memulakan persiapan perkahwinan apabila tunangnya mahu memasukkan ke dalam kontrak perkahwinan mereka syarat yang sudah dijamin undang-undang iaitu hak beliau untuk memandu.
Kontrak perkahwinan sudah lama menjadi penyelamat bagi pengantin perempuan dalam masyarakat yang mengutamakan lelaki itu, digunakan untuk menjamin tuntutan yang selalunya ditukar suami atau keluarganya.
Kontrak yang diikat secara sah itu selalunya menyusun segala-galanya daripada hak wanita memilik rumah sendiri, mengupah pembantu rumah atau belajar atau bekerja.
Namun selepas Arab Saudi menarik balik larangan memandu ke atas wanita tahun lalu, syarat baru popular dalam kontrak dalam hak memilik dan memandu kereta, menurut dokumen dilihat AFP dan temubual dengan kadi.
Majd, 29, yang akan berkahwin bulan ini di Dammam di timur Arab Saudi, menandatangani dua tuntutan daripada tunangnya yang berusia 21 tahun, iaitu hak untuk memandu dan bekerja selepas berkahwin.
“Katanya, dia mahu berdikari. Saya membalas: ‘boleh, mengapa tidak?”, kata Majd, yang enggan meminta nama penuhnya dirahsiakan.
Membatalkan larangan memandu ke wanita adalah perubahan sosial paling ketara di negara itu, yang mahukan kebebasan memandu.
Bagi tujuan itu, wanita tidak memerlukan kebenaran penjaga lelaki seperti suami, bapa dan saudara, yang keizinan mereka diperlukan wanita untuk belajar dan berkahwin.
Namun masih samar sama ada wanita mempunyai sebarang bantuan undang-undang jika dilarang berbuat memandu jika penjaga mereka.
“Sebahagian wanita cenderung memasukkan syarat memandu dalam kontrak untuk mengelakkan sebarang konflik perkahwinan berhubung isu itu.
“Ia adalah cara memastikan suami menunaikan janji,” kata kadi di Riyadh, Abdulmohsen al-Ajemi, yang menerima permintaan kali pertama seumpama itu daripada keluarga pengantin perempuan minggu lalu.
Sebarang pelanggaran syarat perkahwinan boleh digunakan wanita sebagai asas mendapatkan perceraian, kata kadi. — AFP