M Update, 25/06/2019 – Tentera Myanmar menjalankan ‘operasi pembersihan’ yang dikhuatiri bersifat kejam dan melanggar hak asasi manusia, hari ini.
Perkembangan itu didedahkan oleh wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee di Geneva, ketika perkhidmatan data internet untuk sembilan kawasan di negeri Rakhine dan Chin disekat.
Ia mungkin cubaan menutup salah laku terhadap hak asasi manusia, katanya
“Saya bimbang dengan keselamatan penduduk awam. Saya dimaklumkan tentera sedang menjalankan ‘operasi pembersihan’.
“Kita sedia maklum operasi ini hanya sekadar samaran untuk menutup kekejaman terhadap penduduk,” katanya. – Reuters