M Update, 27/06/2019 – Laman web keibubapaan Britain, Baby Centre, mendedahkan Muhammad menjadi nama paling popular di negara itu setakat ini pada 2019.
Muhammad mengekalkan kedudukannya di tempat pertama, diikuti Noah di tempat kedua dan George di tempat ketiga.
Sementara Archie di tempat ke-18, susulan kelahiran anak pasangan diraja, Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei lalu.
Bagi nama klasik 1980-an seperti Emma dan David semakin mencapai momentum, manakala rancangan realiti seperti Love Island juga melahirkan generasi baru nama bayi.
Di sebalik kemunculan semula tidak dijangka nama 1980-an, nama Olivia kekal menjadi pilihan ramai dan Sophia mengikuti rapat di tangga kedua. — Agensi