Input your search keywords and press Enter.

Polis Indonesia bongkar taktik guna masjid simpan dadah

M Update, 05/07/2019 –  Polis Indonesia melancarkan siasatan mengenai kaedah penjualan baru dadah yang menjadikan masjid sebagai stor simpanan methamphetamin.

Kaedah itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai D pada 27 Jun lalu di parkir restoran makanan segera di Pondok Pucung di Tangerang Selatan, lokasi dia didakwa merancang melakukan transaksi.

Polis mendakwa merampas 12.5 gram methamphetamin dairpada suspek.

Polis berkata, mereka mendapati suspek menyimpan dadah itu dalam masjid di Cinere, Jawa Barat.

Lelaki itu dilaporkan ditugaskan mengambil dadah itu dari tandas masjid pada Rabu jam 9.30 malam waktu tempatan oleh lelaki dikenal pasti polis sebagai Ali, yang masih bebas.

“Ya, kami masih menyiasat: Ada kaedah pengedaran dadah menggunakan masjid sebagai tempat pengambulan,” kata Ketua Polis Cilandak, Kasto Subki, dipetik oleh kompas.com Selasa lalu. – Agensi

Leave a Reply