M Update, 15/7/2019 – Pemandu pelancong yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di dalam Gua Rusa di Taman Negara Mulu ditemui meninggal dunia jam 10.10 pagi ini.
Mayat Roviezal Robin, 20, ditemui di kawasan Deer Sum selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. SAR hari ketiga dibahagikan kepada empat kumpulan membabitkan pencarian di kawasan menuruni tangga gua, ‘sump down the stream’ dan Sungai Paku ke Sungai Payau yang belum pernah diterokai. Selepas dua jam SAR hari ketiga dijalankan, mayat mangsa akhirnya dijumpai,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata SAR hari ketiga dimulakan jam 8 pagi selepas ditangguhkan 3.11 petang semalam. Dalam kejadian petang Jumaat lalu, pemandu pelancong, Roviezal Robin, 20 dan seorang lelaki dari Belanda hilang selepas banjir kilat melanda Gua Rusa ketika mereka sedang menjelajah gua berkenaan bersama lapan yang lain. Mayat pelancong dari Belanda itu, Peter Hans Hovenkamp, 66, ditemui tersangkut di pintu gua pada jam 6.40 pagi, kelmarin. – BH Online