M Update, 16/07/2019 – Empat mangsa, termasuk tiga kanak-kanak maut apabila sebuah kereta api merempuh kereta yang dinaiki di satu persimpangan di timur Perancis, hari ini.
Datuk Bandar Avenay-Val-d’Or di wilayah Marne, Philippe Maussire memberitahu AFP, nahas itu mengakibatkan empat penumpang kereta api cedera.
Bagaimanapun, pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih dalam keadaan terkejut.
Maussire berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang wanita tiba di persimpangan itu, ketika penghadang laluan ke landasan kereta api sudah ditutup.
“Kereta api yang menghubungkan bandar Reims dan Epernay kemudiannya merempuh kereta berkenaan,” katanya.
Sementara itu, pihak pendakwaan Reims sudah memulakan siasatan berhubung kemalangan itu, tetapi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – AFP