Input your search keywords and press Enter.

Pendaftaran Pemilih Dengan Berswafoto Bersama MyKad

M Update, 19/7/2019 – Urusan pendaftaran pemilih dan permohonan tukar bahagian pilihan raya bagi pemilih yang telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan masing-masing kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan hanya menyertakan gambar pemohon berswafoto dengan kad pengenalan.

Apa yang perlu dilakukan ialah pemohon hanya perlu ke laman sesawang mysprdaftar.spr.gov.my dan mengisi semua butir-butir pengenalan diri termasuk nombor telefon bimbit serta alamat e-mel yang sah, dan kemudiannya pemohon perlu memuatnaik dua keping gambar iaitu gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.

Laman sesawang MySPR Daftar itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada majlis forum ‘Make A Change, Let’s Do It Together’ anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam. Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun ketika berucap dalam forum berkata kaedah itu lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding kaedah konvensional.

Kaedah pendaftaran pemilih sedia ada iaitu pemohon perlu hadir sendiri di tempat-tempat pendaftaran pemilih dan menggunakan borang fizikal dilihat kurang praktikal dan selari dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya. – Bernama

Leave a Reply