Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
4 Loji Rawatan Air Di Selangor Ditutup Semula - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

4 Loji Rawatan Air Di Selangor Ditutup Semula

M Update, 22/7/2019 – Empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semula selepas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesan minyak diesel mencemari sumber air mentah Sungai Selangor.

Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 6 petang semalam, diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) jam 8 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada jam 8.15 malam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad, berkata pihaknya mengesan pencemaran diesel di muka sauk LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 serta LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

“Kami sudah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran adalah dari aktiviti kerja pengorekan pasir di hulu sungai. Ini insiden kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan penutupan keempat-empat LRA Utama yang menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan,” katanya malam ini.

Beliau berkata, sebagaimana hebahan media semasa insiden penutupan empat loji itu sebelum ini, pihaknya tidak dapat memastikan jangkamasa pemulihan jika insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang. Malah, katanya, pihaknya kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti yang berlaku semalam.

Kawasan terjejas adalah adalah sama seperti senarai terdahulu dan sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor, laman sesawang www.syabas.com.my dan Facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor bagi mendapatkan maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini,” katanya. – BH Online

Leave a Reply