Input your search keywords and press Enter.

Terima Kasih Kepada Semua – Keluarga Nora Anne

M Update, 14/8/2019 – Keluarga Nora Anne Quoirin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencari remaja Ireland yang hilang itu sejak berita kehilangannya dilaporkan media sejak 4 Ogos lalu.

Menganggap pemergian Nora Anne sebagai satu menyedihkan, keluarganya juga menyifatkan kehilangannya berjaya mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mereka.

β€œDia gadis cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Tindakan yang diambilnya tidak dapat kami tanggung. Hati kami patah…

β€œKami akan sentiasa menyayangi Nora,” katanya dalam entri di akaun Facebook – Lucie Blackman Trust, hari ini.

Dalam kenyataan itu, keluarganya begitu menghargai usaha dilakukan semua pihak termasuk pihak keselamatan dan penduduk tempatan yang terus berusaha mencari Nora Anne.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

d