Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2019

Kuala Terengganu catat bacaan IPU tidak sihat

M Update, 2/8/2018 – Kuala Terengganu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 9 pagi tadi, berikutan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia, dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung. Berdasarkan bacaan terkini IPU dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Kuala Terengganu mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 112. Peta…

‘Cancel Oder’ kerana berlainan agama

M Update, 02/08/2019 –  Polis mengarahkan seorang lelaki membayar bon sebanyak 100,000 rupee (RM6,014) kerana membatalkan pesanan makanannya hanya disebabkan penghantar beragama Islam. Kontroversi tercetus selepas lelaki menetap di Madhya Pradesh itu memuat naik status di Twitter, Selasa lalu mengatakan dia membatalkan pesanan di aplikasi Zomato kerana penghantar makanan bukan…

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 11 Ogos

M Update, 2/8/2019 – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 11 Ogos ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah…

Kerja Pembaikan Paip Pecah Dijangka Siap Petang Ini

M Update, 2/8/2019 – Kerja pembaikan paip pecah di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke ibu negara berhampiran Kompleks Kolam Air Pantai, dijangka siap petang ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, semalam, berkata pihaknya sudah mengambil segala usaha bagi mempercepatkan kerja pembaikan. Kerja pembaikan…

Polis memburu seorang lelaki tunggang Zirafah

M Update, 01/08/2019 – Polis memburu seorang lelaki selepas satu rakaman video yang tular menunjukkan dia memanjat pagar sebelum menunggang seekor zirafah di sebuah zoo di Kazakhstan. Mirror Online melaporkan, satu video yang tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai mabuk memanjat pagar kandang zirafah di Zoo Shymkent di bandar Shymkent. Lelaki…

Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda meninggal

M Update, 01/08/2019 – Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai mati, lapor beberapa media tempatan. AFP yang memetik NBC News melaporkan, tiga pegawai kerajaan Amerika Syarikat mengesahkan mereka mempunyai maklumat terhadap kematian Hamza bin Laden namun tidak mendedahkan butiran tempat atau tarikh sebenar. New York Times yang…

Guna selimut selamatkan budak 3 tahun

M Update, 01/08/2019 – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tergantung dari balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri di Chongqing terselamat selepas terjatuh ke atas selimut yang dibentangkan beberapa penduduk. Rakaman video kejadian kelmarin memaparkan kanak-kanak lelaki itu berpaut dan cuba memanjat masuk ke dalam balkoni, namun kakinya beberapa kali tergelincir.…

Disebat 100 kali kerana berkhalwat

M Update, 01/08/2019 – Dua lelaki dan seorang wanita masing-masing dihukum sebat 100 kali di khalayak ramai dalam sebuah stadium di Lhokseumawe, Aceh hari ini. Pesalah wanita dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 22 tahun didapati bersalah berkhalwat. Wanita itu menangis dan beberapa kali merayu kepada pegawai syariah supaya berhenti…