Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2019

KPN : Individu Bangkit Isu Perkauman Terus Ditangkap, Tiada Lagi Amaran

M Update, 21/8/2019 – Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. “Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan…

Perkahwinan Bawah Umur Perlu Dihentikan

M Update, 21/08/2019 – Kerajaan Indonesia digesa menggubal undang-undang untuk menamatkan amalan perkahwinan kanak-kanak yang didakwa menyebabkan ribuan remaja perempuan terperangkap dalam ikatan umpama “neraka”, kata seorang peguam semalam. Kemiskinan dan tradisi menyebabkan keluarga di Indonesia mengahwinkan anak mereka dan menurut UNICEF, seorang daripada empat remaja perempuan berkahwin sebelum berusia…

Kerajaan Terbuka Cadangan Sedia Khidmat GoJek

M Update, 21/8/2019 – Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima kertas cadangan daripada pelabur swasta dalam perkhidmatan pengangkutan termasuk cadangan daripada perkhidmatan teksi motosikal, GoJek. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata cadangan mengenai perkara itu juga akan dibentangkan kepada kabinet oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan kementeriannya…

‘Zikri Armstrong’ Tidak Mengaku Bersalah

M Update, 20/08/2019 – Seorang pegawai pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan berhubung kematian Nora Anne Quoirin minggu lepas. Muhammad Zikri Ibrahim, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat. Dia didakwa…

Menteri : Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85 Peratus Siap

M Update, 20/8/2019 – Kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap, menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang. “Saya…

Menyamar Jadi Polis

M Update, 20/08/2019 – Seorang lelaki yang cuba menyamar sebagai pegawai polis tersilap langkah apabila dia menahan sebuah van yang dinaiki oleh sekumpulan detektif di Hicksville, Long Island. Menurut polis, kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila lelaki terbabit, Valiery Portluck, 25, yang memandu Nissan Sentra berwarna hitam menyalakan lampu kecemasan…

10,000 Lampu LED Bakal Terangi Jalan-Jalan Kampung

M Update, 20/8/2019 – Kerajaan memperuntukkan lebih 10,000 lampu tenaga jenis diod pemancar cahaya (LED) di jalan-jalan kampung bermula dari tahun ini hingga tahun hadapan melalui inisiatif Incentive Based Regulation (IBR). Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia selaras dengan komitmen bagi mencapai penjimatan penggunaan tenaga sebanyak…

Rogol Cucu Hingga Hamil

M Update, 20/08/2019 – Seorang datuk tergamak merogol cucu tirinya beberapa kali termasuk ketika mangsa sedang tidur di sebelah isterinya yang sakit sehingga menyebabkan remaja perempuan berusia 13 tahun itu kini hamil. Jakarta Post melaporkan, lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari kampung Gembongan di Blitar, Jawa Timur itu ditangkap…