Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2019

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! dihentikan?

M Update, 20/8/2019 – Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) akan menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan. Beberapa kakitangan syarikat itu yang dihubungi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh pengarang kedua-dua akhbar itu kepada kakitangan mereka petang semalam. Kakitangan yang enggan…

Gara-gara Lampin, Pantai Boracay Ditutup

M Update, 20/08/2019 – Kerana sikap yang tidak bertanggungjawab oleh seorang pelancong yang dipercayai mengambus lampin di pantai di Boracay telah menyebabkan sebahagian kawasan pantai tersebut terpaksa ditutup. Sepanjang 100 meter pantai Boracay ditutup pada Rabu lalu selama tiga hari untuk kerja pembersihan selepas sisa najis dikesan bercampur dengan air…

Sultan Brunei Yakin Kewibawaan, Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Terajui Negara

M Update, 20/8/2019 – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menzahirkan keyakinan baginda terhadap kewibawaan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerajui Malaysia. Sultan Hassanal bertitah, Seri Paduka akan sentiasa dihormati dan dikasihi serta mampu menerajui pemerintahan yang cemerlang berkat usaha Al-Sultan Abdullah yang terus-menerus menitikberatkan…

Ahli KWSP Dibenar Labur Sendiri Caruman

M Update, 19/8/2019 – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak kini boleh membuat pelaburan dalam dana unit amanah ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) diluluskan oleh KWSP menerusi saluran layan diri dalam talian i-Invest melalui i-Akaun (Ahli). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli di bawah…

Kertas Siasatan Kes Syed Muhammad Danial Diserah Kepada DPP

M Update, 19/8/2019 – Kertas siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan dan meyerahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya. Menurutnya, polis mengekalkan siasatan di bawah Seksyen…

Liputan Terakhir

M Update, 19/08/2019 –  Seorang penyampai berita maut selepas pesawat dinaiki terhempas berhampiran Lapangan Terbang Lakefront, New Orleans, ketika dia melakukan liputan lagak ngeri juruterbangnya, Jumaat lalu. Kejadian berlaku ketika Nancy Parker, 53, wartawan stesen televisyen WVUE membuat liputan mengenai juruterbang aksi lagak ngeri Franklin J P Augustus untuk sebuah…

Hutan Di Pasir Gudang Terbakar

M Update, 19/8/2019 – Hampir dua hektar hutan di Jalan Helang, di Taman Scientex, di sini, terbakar akibat cuaca panas dan kering, tengah hari semalam. Dalam kejadian pada jam 12.40 tengah hari itu, kebakaran berkenaan merebak pantas dan sukar dipadamkan berikutan keadaan tanahnya dipercayai kombinasi jenis gambut yang mudah terbakar.…

Tentera Israel Tembak Mati Tiga Rakyat Palestin

M Update, 19/08/2019 –  Tentera Israel menembak mati tiga rakyat Palestin yang cuba melintasi kawasan Sempadan Gaza, kata tentera dan jurucakap Kementerian Kesihatan. AFP melaporkan, kejadian berlaku malam tadi tidak lama selepas tiga roket dilancarkan dari Gaza ke Israel dan salah satunya jatuh di bandar berhampiran sempadan. Menurut anggota perubatan…