Input your search keywords and press Enter.

Permintaan Topeng N95 Terus Meningkat

M Update, 19/9/2019 – Permintaan bagi topeng jenis N95 terus meningkat sekaligus mengakibatkan stok dalam pasaran berkurangan kerana orang ramai lebih sedar akan kepentingan memakai topeng itu sebagai pelindung daripada jerebu yang menyelubungi sebahagian besar negara.

Walaupun terdapat pelbagai jenis penutup hidung dan mulut dalam pasaran, namun hanya topeng jenis N95 yang disyorkan Kementerian Kesihatan kerana mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus daripada partikel yang berukuran 0.3 mikron dan ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka pemakainya.

Walaupun topeng jenis N95 sukar untuk diperoleh, topeng muka pembedahan lebih mudah untuk didapati kerana orang ramai sedar akan keperluan untuk menggunakan topeng jenis N95 bagi melindungi diri mereka daripada kesan jerebu dan menghindar penyakit.

Dalam pada itu, usaha sebahagian syarikat korporat untuk memberi topeng jenis N95 secara percuma kepada orang ramai dan pekerja perlu dicontohi.

Jaga kesihatan ketika musim jerebu dan kurangkan aktivit luar.

Sumber : Bernama

Leave a Reply