M Update, 11/10/2019 – Empat daripada 21 peguam yang dicari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berhubung kes penipuan dan pecah amanah dengan kerugian berjumlah jutaan ringgit sudah tampil memberi keterangan.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, keempat-empat peguam itu sudah dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan. Katanya, polis kini masih mengesan lima lagi peguam yang dipercayai berada di luar negara.
Bagi mengesan baki peguam yang dicari itu termasuk lima yang berada luar negara, polis berkemungkinan menggunakan saluran tertentu selain bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi lain.
βJadi polis berharap mereka tampil membantu siasatan atau kita akan ambil apa juga tindakan sepatutnya,β katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Pada 3 Oktober lalu, JSJK Bukit Aman menyenaraikan 21 peguam yang diburu kerana disyaki terbabit dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah membabitkan kerugian RM30.4 juta. – HM Online