M Update, 9/10/2019 – Pembentangan Belanjawan 2020 seharusnya menyebelahi orang muda dengan memperuntuk sekurang-kurangnya tiga berita gembira dalam usaha memacu sosioekonomi mereka. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata pihaknya mengusulkan supaya dana khas bernilai RM6 bilion disediakan untuk tujuan mencipta 350,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi bagi tempoh…
M Update, 09/10/2019 – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun didakwa atas lima tuduhan bunuh berhubung kebakaran di sebuah kediaman yang membunuh lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak. Daily Mail memetik peguam Daerah Woodford, Greg Minger berkata, kanak-kanak itu turut didakwa atas tiga tuduhan sengaja menyebabkan kebakaran rumah treler berkenaan pada…
M Update, 9/10/2019 – Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini mengesahkan penghentian operasi berkuat kuasa hari ini. Perkara itu dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir. Menurutnya, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary…
M Update, 9/10/2019 – Tiga negeri di pantai timur dan Johor dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat bermula awal November hingga Januari depan berikutan kedatangan musim Monsun Timur Laut. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ketika monsun berlaku negeri berkenaan dijangka menerima peningkatan jumlah hujan…
M-Update ~ Berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran yang positif iaitu menaik untuk ditutup kukuh bagi September. Peningkatan itu disokong oleh jangkaan bahawa pengeluaran mungkin lebih rendah pada September. Paras sokongan pada RM2,100 dan rintangan pada…
M Update, 9/10/2019 – Polis memohon saksi awam untuk tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan dua motosikal di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah ke ibu negara, berhampiran bangunan Naza World, dekat sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal, Izham Shamsul Hazizan, 33, maut di tempat…
M Update, 9/10/2019 – Dasar Pengangkutan Negara (DPN) akan dilancarkan sebagai hala tuju baru kerajaan meningkatkan kecekapan dan keupayaan logistik pengangkutan negara untuk keperluan domestik dan antarabangsa. Dasar 10 tahun sehingga 2030 itu akan dilancarkan 17 Oktober ini, menggabungkan tiga mod pengangkutan utama iaitu udara, darat dan laut. Timbalan Menteri…
M Update, 9/10/2019 – Dasar Kebersihan Negara yang akan dilancarkan 3 November ini merangkumi hala tuju pengurusan sampah yang lebih luas dan tersusun. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, berkata pelaksanaan dasar itu sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa untuk didiami. KPKT merangka dasar…
M Update, 08/10/2019 – Seorang wanita berusia 45 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat sanggup menjual anak perempuanya yang berusia dua tahun semata-mata bagi memenuhi impiannya untuk memiliki kereta idaman. NBC News melaporkan, Alice Leann Todd dari Thomasville menukar anak perempuannya dengan kereta Plymouth Laser 1992 milik pasangan Tina Chavis, 47, dan…
M Update, 08/10/2019 – Juruterbang sebuah pesawat penerbangan Kanada membuat panggilan kecemasan dan berpatah balik kerana tidak tahan dengan bau durian yang memenuhi ruang kabin. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada dalam satu laporan memberitahu, kejadian itu berlaku pada 17 September lalu ketika pesawat Air Canada dalam penerbangan dari Vancouver ke Montreal.…