M Update, 15/11/2019 – Kira-kira 200 taman asuhan kanak-kanak (Taska) akan diwujudkan tahun hadapan dengan tumpuan lokasi di hospital dan balai polis, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Fokus diberikan kepada kedua-dua lokasi berkenaan kerana sebahagian besar jururawat dan golongan wanita yang bekerja secara syif amat memerlukan kemudahan itu.
Sebanyak 66 taska ditubuhkan di pejabat kerajaan pada tahun ini setakat ini di bawah Belanjawaan 2019 yang memperuntukkan RM10 juta.
Sumber : Bernama