M Update, 22/01/2020 – Biarpun dilabel sebagai autisme, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ini tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mendalami ilmu agama.
Buktinya, Ahmad Danish Aqil Ahmad Fakhrul Azizi, 11, mampu menghafaz ayat suci Al-Quran.
Selain itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parang Puting ini juga cemerlang dalam menulis khat.
Menerusi Berita Harian, bapanya, Ahmad Fakhrul Azizi Fauzi, 37, berkata bakat menulis khat anak sulung daripada dua beradik itu mula dikesan sejak tiga tahun
“Ketika itu dia hanya minat melukis lukisan 3D dalam bentuk bangunan dan boleh melukis persekitaran sekolahnya.
“Bagaimanapun, selepas itu dia mula menunjukkan kecenderungan menulis ayat al-Quran yang dihafaznya.
“Lengkap dengan tanda bacaan yang betul tanpa merujuk kepada kitab al-Quran,” katanya.
Tambahnya, dia juga secara perlahan-lahan memperkenalkan Ahmad Danish Aqil kepada penggunaan aplikasi tulisan khat melalui komputer seiring dengan perkembangan semasa.
“Buat masa sekarang dia memang gemarkan seni khat secara manual (tulisan),” katanya.