Input your search keywords and press Enter.

Pakai Penutup Muka, Hidung Ikut Kesesuaian Situasi

M Update, 30/1/2020 – Situasi semasa penularan coronavirus pada masa ini tidak menjadi satu tuntutan kepada orang awam untuk memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat umum.


Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Benedick Sim, berkata ia kerana status penularan coronavirus tidak mencapai tahap membimbangkan kerana tiada jangkitan kuman itu setakat ini.


“Situasi semasa penularan coronavirus ketika ini tidak memerlukan orang awam untuk memakai penutup mulut dan hidung kerana tiada jangkitan kuman itu dalam negara masa ini.

“Namun, jika orang awam mahu memakai juga, ia adalah langkah yang baik sebagai usaha pencegahan. Pada asasnya, tiada keperluan mendesak untuk memakainya,” katanya pada sesi taklimat kepada isu jangkitan coronavirus di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan rakyat China di negara ini, menjadikan tujuh kes direkod di negara ini setakat ini.

Kes terbaru itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Seorang lagi disahkan positif adalah menantu perempuan kepada kes coronavirus pertama di Singapura iaitu lelaki berumur 66 tahun.

Sejak 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan coronavirus adalah 78 orang.
Ia merangkumi 39 orang warga Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warga Jordan, Brazil dan Thailand.

Sementara itu, Dr Benedick menjelaskan, penutup mulut dan hidung tiga lapis adalah paling sesuai digunakan berbanding jenis satu lapis serta N95.

Namun katanya, penggunaan penutup mulut dan hidung juga perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam kerana ia biasanya menjadi lembab.

“Penutup mulut dan hidung yang sesuai adalah yang tiga lapis. Penggunaan penutup hidung N95 menyebabkan rasa tidak selesa dan kesukaran bernafas kepada pengguna,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply