Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2020

Padah Hina Anggota Trafik

M Update, 20/1/2020 – Akibat berkongsi video tular di media sosial dan menulis status hantaran mempertikaikan tugas anggota polis trafik, seorang operator kilang ditahan semalam untuk membantu siasatan. Lelaki itu berkongsi video tular memaparkan penunggang motosikal yang disaman tidak memakai topi keledar dengan status hantaran, “Kacau oo jalan kampung pun…

Raja Permaisuri Agong Rasmi Hospital Tunku Azizah

M Update, 20/1/2020 – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini. Keberangkatan tiba baginda menunjukkan keprihatinannya terhadap perkembangan dan kemajuan dilaksanakan kerajaan khususnya dalam bidang kesihatan. Tunku Azizah bertitah, kewujudan hospital ini satu lagi kemudahan kepada rakyat…

China Permudah Permohonan Visa Rakyat Malaysia

M Update, 20/1/2020 – Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia memutuskan untuk memudahkan lagi permohonan warga Malaysia mendapatkan visa masuk berganda ke China bermula hari ini dalam usaha menggalakkan perjalanan rakyat kedua-dua negara. Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedutaan itu semalam, selain dokumen asas seperti pasport, borang permohonan visa dan gambar,…

Operasi Pembenihan Awan Di Kedah Dan Pulau Pinang

M Update,, 20/1/2020 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam melancarkan operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas di sekitar kawasan takungan air di empangan-empangan untuk kegunaan domestik dan pertanian, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata operasi itu dilakukan di enam kawasan…

Perpindahan Ibu Negara Indonesia: Tentera Darat Serah Opsyen Keselamatan Kepada Kerajaan

M Update, 20/01/2020 – Tentera Darat Malaysia (TDM) menyerahkan beberapa opsyen kepada kerajaan sebagai persediaan dari segi aspek keselamatan bagi menghadapi kesan perpindahan ibu negara Indonesia dari Pulau Jawa ke Kalimantan menjelang 2024. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata TDM melihat perpindahan ibu kota negara…

Kerajaan Tiada Cadangan Lanjut Tarikh Daftar Insentif e-Dompet

M Update, 20/1/2020 – Kerajaan tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian insentif RM30 kepada rakyat yang mendaftar menggunakan aplikasi pembayaran digital e-dompet berakhir 9 Mac depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata sehingga kini, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar melalui tiga platform pembayaran digital iaitu Touch ‘n Go, Boost…

Imam Digantung Tugas Selepas Jantina ‘Isteri’ Terbongkar

M Update, 17/01/2020 – Gara-gara berkahwin dengan lelaki yang menyamar sebagai wanita, seorang imam di Uganda digantung tugas. Sheikh Mohammed Mutumba, 27, mengetahui jantina sebenar ‘isteri’ yang dikahwini pada bulan lalu itu selepas lelaki tersebut ditahan kerana mencuri televisyen dan pakaian milik jiran mereka. Identiti sebenarnya terbongkar selepas anggota polis…