M Update, 22/10/2020 – Majikan tidak boleh memaksa dan mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Majikan diingatkan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa walaupun arahan bekerja dari rumah. Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama. – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111.