M Update, 14/01/2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dapat dikurangkan kepada sekitar 500 ke 1,000 kes sehari dalam tempoh empat minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam hingga 26 Jan, pihaknya akan meneliti data-data…
M Update, 13/01/2021 – Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu, mulai 21 Januari ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini susulan pengumuman pelbagai Perintah…
M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat…
M Update, 13/01/2021 – Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit. “Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka…
M Update, 13/01/2021 – Penjawat awam kini tidak lagi boleh bersikap “jangan jaga tepi kain orang” tetapi perlu ambil tahu dan peduli dengan perlakuan rakan di tempat kerja bagi mencegah perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam daripada menjadi barah. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata setiap…
M Update, 13/01/2021 – Sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…
M Update, 13/01/2021 – Polis Putrajaya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula hari ini hingga 26 Jan. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ASP Marlizan Pa’adek berkata tindakan tegas…
M Update, 13/01/2021 – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan. Majlis “Suntikan Perdana” di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, hari ini. Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul…
M Update, 13/01/2021 – Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam semalam dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memahami terdapat ramai ahli keluarga terkandas di luar kawasan…
M Update, 13/01/2021 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018…