Input your search keywords and press Enter.

Review Ikhlas Setahun PN dan Muhyiddin: Dari Kaca Mata Rakyat Marhaen Malaysia

Close eyes, open eyes, close eyes, open eyes, know-know one year already!

Kejap betul masa berlalu, rasa macam baru semalam je negara kita digemparkan dengan perletakan jawatan Atok dan digantikan dengan Abah. Kalau ikut hierarki keluarga Melayu pun, dari Atok memanglah turun ke Abah kan? Takkanlah dari Atok turun ke Bang Non atau pun Unker Lim kan? Dalam setahun lepas sehinggalah ke hari ini, kerajaan PN menghadapi saat getir dan berbeza sungguhlah daripada kerajaan BN dan PH terdahulu. Nak tau kenapa? Boleh baca selanjutnya di bawah.

            Kerajaan BN berkuasa selama lebih 60 tahun di saat kita mula merdeka, merangkak untuk mengurus tadbir kerajaan dan rakyat serta sumber negara sehinggalah tumbang pada tahun 2018. Lepas tu, datang pula kerajaan PH yang cuci kaki masuk jadi kerajaan. Semua dah tersedia, rizab yang berbiliyun-biliyun dan projek-projek mega yang boleh tahan gah la sebenarnya. Kemudian bertukar pula pada kerajaan PN yang datang ketika negara dan 1 dunia dilanda pandemik yang boleh tahan teruk jugalah pada abad ni kan selepas Spanish Flu awal 1900-an. 

            Pening juga kalau jadi Muhyiddin. Mana nak susun kabinet, mana nak hadap rakyat, lepas tu ditambah pula dengan norma baharu dan kes yang melambung-lambung. Bukan beshe-beshe kata orang. Tapi dari awal penubuhan PN dan pelantikan Muhyiddin, boleh nampak la rakyat Malaysia menerima Muhyiddin sehingga mendapat gelaran Abah, sebab boleh rasa beliau macam orang yang dekat sangat dengan kita. Macam dalam keluarga sendiri. Ramai yang tertunggu-tunggu perutusan dari Abah, sebab nak dengar Abah bagi nasihat, nak dengar Pak Long Mail beri teguran, tertunggu-tunggu Pak Ngah Hisyam bagi laporan petang-petang dan Pak Su Zafrul umumkan bantuan kewangan. Memang rasa sangatlah kebajikan tu terjaga walaupun tengah syok duduk di rumah.

            Lepas 5-6 bulan pemerintahan PN, kes Covid-19 pun turun dengan mendadak. Rakyat bahagia sungguh; ada yang berjalan-jalan, buat reunion, tak kurang ada juga yang gatal tangan nak buat PRK! Lepas PRK di Sabah tiba-tiba PN dan Abah diuji lagi. Kes Covid mencanak teruk. Tak pasal-pasal kerajaan jadi punching bag dek kerana PRK tersebut. Orang Malaysia kan memang macam tu. Susah nak puaskan hati semua. Mesti ada yang condemn, almaklumlah negara kita kan ada Jabatan Netijen Negara yang kerja 24 jam tanpa gaji! Tapi PN ok sahaja, jalan dan maju terus buat kerja dalam diam walaupun rakyat dah mula soksek bising-bising.

            Sampailah akhir tahun 2020, kes masih tinggi dan masa ni lah Abah fikirkan apa yang terbaik untuk keselamatan rakyat Malaysia. Dengan beraninya beliau menasihatkan YDP Agong untuk menitahkan darurat kesihatan supaya negara dapat fokus untuk mengatasi pandemik Covid-19. Bantuan-bantuan strategik mula disalurkan ke pihak yang sepatutnya supaya negara akan lebih bersedia menghadapi tahun baharu 2021. Awal Januari, negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat dan rakyat diminta bertenang. Kebanyakan permintaan rakyat cuba dipenuhi sebaiknya oleh PN malah diumumkan juga bahawa PRU akan menyusul selepas darurat selesai, menggambarkan betapa kerajaan PN sungguh demokratik dan tidaklah gila kuasa seperti yang diperkatakan oleh seteru mereka. 

            Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut mengumumkan Jawatankuasa Bebas Darurat yang dianggotai oleh mereka yang layak, tak kira paksi politik, supaya dapat menasihati YDP Agong tentang langkah-langkah sesuai semasa darurat, satu lagi bukti Muhyiddin tidak campur tangan dalam tugasan membuat keputusan di kala sedang darurat. Beliau juga telah mengambil pendekatan yang responsif, dinamik, lagi inklusif melalui strategi 6R yang tersusun iaitu Resolve (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula), Recovery (Pemulihan), Revitalise (Memperkasa) dan Reform (Menyusun Semula).

Melalui LAKSANA (Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional) di bawah Kementerian Kewangan, inisiatif-inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia telah dan akan dilancarkan seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (KITA PRIHATIN) dan yang terbaharu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), dengan nilai keseluruhan RM320 bilion.

Akhir kata, walaupun baru setahun jagung, tapi nampak gayanya kerajaan PN ni macam ada pengalaman banyak dalam mengurus kerajaan. Rasanya rakyat boleh nampak betapa tenangnya kerajaan PN dalam mengharungi macam-macam masalah terutamanya masalah pandemik global yang boleh meruntuhkan sebuah kerajaan. Resmi PN dan Muhyiddin ni macam ubi, diam-diam terus berisi. Rakyat jangan risau, bukankah mantera orang Malaysia ni kalau tak suka kita boleh tukar? Dulu masa BN pun rakyat dok sebut-sebut macam tu. Tukar kepada PH, sekali dalam 22 bulan macam-macam drama politik terjadi. Dah tukar pada PN nampak macam ada sinar harapan yang lestari. Apa kata test drive PN ni dulu tengok berapa jauh dia boleh pergi?

Surat Pembaca

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update