Sejak dua menjak ni memang jabatan netijen Malaysia beserta rakyat Malaysia sedang kusyuk melepaskan amarah di media sosial lantaran terkantoinya ramai instafemes dan golongan yang digelar kayangan ini menyalah guna kebenaran polis untuk merentas negeri. Ada yang pergi honeymoon, bagi hadiah kereta dekat ahli keluarga dan banyak lagi insiden sambil menyelam minum air ni. Di saat negara sedang bersedia untuk menghadapi gelombang keempat di bulan Ramadhan yang mulia ini, memang kita faham dengan kemarahan rakyat sebab kita pun rakyat marhaen juga.
Cuma di sini kita perlu menggunakan discretion atau penilaian yang munasabah bahawasanya kes-kes salah guna oleh artis dan acah-acah kayangan ini adalah kes terpencil yang diperbesarkan oleh mereka sendiri di akaun medsos mereka. Dah memang zaman sekarang manusia batak like dan batak attention, maka dengan flexxing di media sosial itu sepertinya mereka mengundang kecaman rakyat. Lagi banyak kena kecam lagi bisnes meletop kata mereka. Sebagai rakyat, persetankan sahaja perangai instafemes ni sebab buang masa saja kita meratib mengutuk mereka hari-hari. Sakit hati tak hilang, dosa yang dapat.
Pokok pangkalnya kerana golongan mengada-ada inilah polis terpaksa memperketat SOP permohonan merentas negeri demi keselamatan dan kemaslahatan rakyat Malaysia. Kalau boleh lah, memang kerajaan tengah cuba sehabis baik untuk memperlahankan atau menghentikan terus gelombang keempat ini supaya rakyat dapat pulang beraya, maka rakyat perlulah bekerjasama dengan mematuhi peraturan yang sudah mula ditambah baik. Bukan untuk siapa, tapi untuk keselamatan kita sebagai rakyat juga.
Tak kesian ke kita pada mak bapak kita di kampung jika kita pulang membawa virus Covid-19 kepada mereka? Kalau boleh sembuh takpa juga, tapi semua dah tahu sekarang kan yang kesan Covid-19 lebih serius kepada warga emas? Kenapa kita nak gadaikan nyawa orang tersayang semata-mata nafsu kita sendiri? Pedulikan lah pasal instafemes yang poyo yang salah guna kebenaran tu. Mereka pun dah mula kena dakwa di mahkamah kan? Jadi celah mana lah pihak berkuasa tak adil dalam melayan karenah mereka ini?
Kalau kita lihat kluster-kluster yang baharu ni terutamanya di Terengganu dan Kelantan, ramai yang dijangkiti Covid-19 ini ketika pulang untuk majlis keraian dan kenduri-kendara. Sudahnya disebabkan oleh hanya seorang sahaja yang membawa virus itu, habis beratus yang terjangkit. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus telah memuat naik hantaran bertajuk “Terengganu Menangis” di Facebook beliau betapa bahayanya pandemik ini:
Hasil RENTAS NEGERI dari Sabah untuk menghadiri perkahwinan adik akhirnya mencetuskan KLUSTER TAMAN RAKYAT. Akhirnya menjangkiti 26 orang di mana 11 ahli keluarga dan 15 tetamu kenduri.
Hasil pertemuan hanya untuk “KIRIM” duit kenduri serta “goodies” telah menjangkiti kawan baik. Kawan ini pulak mengadakan majlis akikah di kampung akhirnya menjangkiti 5 ahli keluarga dan 7 tetamu akikah.
Juga menular kepada kawan walaupun hanya untuk hantar COD barang yang dipesan. Selain aktiviti ‘mengeteh’ yang disebut sebelum ini. Terkini seramai 109 dilaporkan dari Kluster BELAOH.
Jadi apa iktibar kisah kisah ini?.
Ada nya rentas negeri. Perkumpulan ramai orang TANPA PEMATUHAN SOP. Jika SOP DIPATUHI tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun sangat minima bukan kluster besar sebegini.
Sebab itu kami selalu pesan TANGGUH DULU perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja.
Jika tiada PEMATUHAN SOP di Bazar Ramadhan sekarang Kluster baru mungkin akan tercetus juga. KITA SEMUA yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP BUKAN diserah semata mata kepada Agensi penguatkuasaan.
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update