Input your search keywords and press Enter.

Bersyukurlah Punk Tua Bukan Rakyat Thailand!

Tersebutlah kisah, di satu negeri di Malaysia ada seorang lelaki yang kurang mumayiznya, maka dirinya hidup dalam ilusi bahawa beliau seorang aktivis, seorang pejuang, tapi berjuang untuk apa pun tidaklah diketahui. Nak kata pejuang untuk tegakkan syiar Islam, tidak nampak pula batang hidungnya, nak kata berjuang untuk bangsa atau pendidikan tak ada juga kelibatnya, TETAPI kalau ada demonstrasi menjerit terpekik terlolong, menabur makian dan melawan sang saka biru, memang dia lah di barisan hadapan. Yang mengejek dan melukis penghinaan pada makhluk Allah lain, dia juga lah championnya. Yang ingkar pada setiap bait Rukun Negara Malaysia pun dia juga! Maka dari situ lah beliau mendapat gelaran punk tua yang anarkis, yang disanjung oleh anak-anak muda lapar perhatian yang tak boleh bezakan baik dan buruk di Twitterjaya.

Baru-baru ini, punk tua telah melakukan penghinaan lagi sekali kepada institusi diRaja Malaysia, kali ini dia telah menyasarkan Tengku Permaisuri Agong (TPA) yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Memang silap besar lah kali ini kerana hasutan yang dilakukan punk tua adalah dengan melakukan troll yang sangat biadap terhadap TPA. Bukan itu sahaja, disebabkan oleh hasutannya, anak-anak muda di Twitter turut sama sekapal berbicara tentang hal berkenaan sehingga trending satu Malaysia.

Rukun Negara kedua iaitu Kesetian kepada Raja & Negara dipermain-mainkan oleh Punk Tua ni. Malah beliau menghasut orang lain untuk mengikut sama ingkar pada Rukun Negara kita. Jadi apabila beliau ditangkap semalam, ramai yang gembira kerana sudah bosan dengan perangai kurang ajarnya. Namun, ada juga pengikut walaq beliau yang mula memainkan elemen simpati dan minta kesian orang ramai dengan keberadaannya yang kononnya ditangkap dengan kejam oleh pihak berkuasa. Mereka ni sebenarnya lupa dengan teori fizik Newton gamaknya, whenever there is an action, there is bound to be a reaction. Di mana akal dan kewarasan punk tua semasa melakukan kesalahan menghina institusi diRaja Malaysia ni? Bila dah kena tangkap baru terhegeh-hegeh nak minta simpati rakyat Malaysia. Eh banyak lagi benda rakyat Malaysia ni nak kene fikirkan, dengan Covid-19 lagi, dengan nak makan apa untuk berbuka lagi, dengan nak pakai baju sedondon kaler apa lagi tahun ni. Perlu ke nak kesian dengan nasib punk tua yang memang meminta-minta untuk disumbat ke dalam penjara ni kan?

Punk tua harus bersyukur dan sedar yang beliau berwarganegara Malaysia dan bukan berwarganegara Thailand. Kalau beliau buat penghinaan sama di Thailand, memang habis lah masa depan beliau. Kalau tidak dihukum bunuh, tentu akan dihukum penjara seumur hidup. Penghinaan pada sistem beraja Malaysia semakin menjadi-jadi dewasa ini. Ianya diburukkan lagi oleh sokongan yang diberikan oleh beberapa parti politik yang sememangnya anti dengan orang Melayu dan institusi diRaja Malaysia. Bila punk tua ditangkap, mereka lah orang pertama yang bersolidariti bersama-sama, kononnya punk tua telah dizalimi. Dalam hal ini rasanya kita harus mencari solusi sebelum ianya menjadi lebih parah. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dinaungi oleh sistem Raja Berpelembagaan sehingga rakyat Malaysia berbilang kaum dapat hidup dalam aman damai selama ini.

Atau perlukah kita mencadangkan supaya undang-undang Lese Majeste yang diamalkan di Thailand diperkenalkan di Malaysia bagi membendung kebiadaban itu. Lese Majeste, yang berasal daripada bahasa Latin, bermakna ‘menderhaka kepada raja’. Menurut artikel dari Sinar Harian pada 2019, Undang-undang itu digubal demi melindungi, memelihara kemuliaan dan menghentikan penghinaan terhadap institusi raja di beberapa negara dengan pendekatan dan hukuman berbeza.

Di Asia, Thailand adalah negara yang mengamalkan undang-undang Lese Majeste dengan hukuman penjara antara tiga hingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan.Undang-undang itu diperkenalkan di Thailand mulai 1908 dan terkandung dalam Seksyen 112 Kanun Jenayah Thailand iaitu jenayah memfitnah, menghina atau mengugut raja, permaisuri, pemangku raja dan pewaris raja. Pada Disember 2011, seorang warga Amerika Syarikat (AS) kelahiran Thailand dipenjarakan kerana menghina Raja Thailand selepas menyiarkan bahan secara dalam talian, yang merupakan terjemahan bahasa Thailand daripada buku biografi Raja Bhumibol Adulyadej versi bahasa Inggeris.

Lelaki berusia 55 tahun itu dikenakan hukuman penjara selama dua setengah tahun tetapi diberi pengampunan diraja pada Julai 2012. Golongan remaja juga tidak terkecuali daripada undang-undang Lese Majeste apabila seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bersama-sama lapan yang lain didakwa menghina institusi Raja Thailand pada Ogos 2017. Kesemua mereka didakwa membakar potret Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn dan ayahanda baginda, mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di beberapa lokasi di timur laut wilayah Khon Kaen pada Mei 2017.

Pada Ogos 2017, seorang lelaki Thailand pula dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana menyebarkan enam klip video yang dianggap menghina monarki negara itu. Bagi memastikan institusi raja dilindungi, Kemboja mengikut jejak langkah Thailand dengan meluluskan undang-undang Lese Majeste pada Febuari tahun lepas. Ia antara lain mengenakan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun serta denda antara 2 juta riels (RM20,600) hingga 10 juta riels (RM103,000) terhadap individu yang disabit kesalahan menghina institusi raja negara itu. Kes pertama membabitkan seorang guru lelaki berusia 50 tahun yang ditahan kerana memuat naik kenyataan dalam laman Facebook yang mengkritik Raja Norodom Sihanouk dan abangnya Putera Norodom Ranariddh berhubung peranan mereka dalam pembubaran parti pembangkang utama, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja, pada Mei 2018. Pada Januari 2019, seorang lelaki pula dihukum penjara tiga tahun kerana memuat naik kenyataan yang menghina raja Kemboja dalam laman Facebook.

Di Malaysia, tiada undang-undang khusus seperti Lese Majeste. Tetapi, individu yang didapati mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja akan disiasat dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kalau insiden-insiden melibatkan hasutan dan penghinaan ini semakin berleluasa dan lebih ramai punk tua yang lahir hasil dokongan dan dana dari parti politik, rasa macam molek je kalau kita Lese Majeste versi Malaysia punya kan? Masa dah time ni.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update