M Update, 30/04/2021 – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah, kata Menteri Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini Ismail Sabri berkata, SOP bagi sambutan Aidilfitri masih diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – SH Online