M Update, 9/12/2021 – Bermula hari ini (9 Disember) tepat jam 9.00 pagi sehingga 12 Disember ini – pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia dilaksanakan bagi meraikan pentadbiran 100 hari di bawah pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri dan usaha negara depani COVID-19.
Pelaksanaan acara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini dijangka berpotensi tampil daya tarikan ketibaan sehingga 72,000 pengunjung negara.
Berdasarkan laporan terdapat pelbagai pameran melibatkan penyertaan 32 kementerian negara. Ia merangkumi segmen peluang pekerjaan, budaya, perniagaan, saluran bantuan dan pelbagai lagi.
Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung di semua lokasi KLCC membabitkan Dewan 1 hingga 6 akan dikawal rapi, di mana sehingga 10,350 orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.
Namun begitu, perihal ini memerlukan tanggungjawab semua pihak untuk menjaga SOP dengan melakukan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.
Langkah efektif secara individu ini akan lebih membantu sistem kesihatan negara, merendahkan risiko penularan COVID-19 pada persekitaran awam.