Input your search keywords and press Enter.

Sah Tiada Permit, Pagar Premis Viral Akhirnya ‘Dirobohkan’

M Update, 31/01/2023 – Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merobohkan penghadang laluan pejalan kaki yang dibina seorang pemilik premis di Taman Bukit Dahlia di sini selepas tular dalam media sosial sejak Isnin.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, pihak MBPG terpaksa mengambil tindakan tegas itu selepas pemilik premis berkenaan enggan mematuhi notis yang diberikan sejak dua minggu lalu.

Foto: FB MBPG

“MBPG sudah memberikan dua notis kepada pemilik premis berkenaan. Pertama kita berikan minggu lalu tetapi ingkar sebaliknya terus mengekalkan struktur binaan berkenaan.

“Kemudian kita berikan notis sekali lagi untuk mengarahkan merobohkan binaan tersebut, namun mereka abaikan dan setelah cukup tempoh 14 hari, kita ambil tindakan tegas, kita robohkan pagi tadi,” katanya.

Foto: FB MBPG

Asman Shah berkata, pihak MBPG akan memanggil pemilik premis untuk diberi penerangan berkenaan struktur tambahan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Tambah beliau, pihaknya menyedari terdapat segelintir pemilik premis yang melanggar undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) namun enggan terus mengenakan tindakan tegas seperti saman dan sebagainya.

Foto: FB MBPG

“Sebagai contoh lokasi berkenaan memang laluan umum, kita tidak pernah galakkan pemilik premis buat seperti itu kerana memang tidak munasabah. Oleh itu, kita juga perlukan maklum balas positif daripada pihak umum, namun biarlah ia adil dan jujur kerana terdapat beberapa permasalahan yang diutarakan adalah di luar bidang kuasa MBPG,” katanya. – Sinar Harian