M Update, 13/03/2023 – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baru. Ini telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Pelantikan ini berkuat kuasa pada Jumaat lepas. Penyerahan surat watikah pelantikan diserahkan oleh Ahmad Zahid sendiri yang diadakan di pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya pada hari berkenaan. Ini kerana MARA adalah agensi di bawah KKDW.
Sebelum ini, jawatan Pengerusi MARA disandang Datuk Seri Azizah Muhd Dun.
Tahniah Datuk! Semoga dapat lebih memperkasa dan memajukan Mara dan Bumiputera.