M Update, 16/03/2023 – Influencer atau pempengaruh dan tiktokers juga tidak terkecuali dari membayar cukai. Ini kerana pendapatan “Influencers dan TikTokers” boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang telah dimuat naik atas talian.
Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) 2.0 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 turut menyasarkan ‘Tiktokers’ dan pempengaruh sebagai antara individu pembayar cukai. Melalui program ini, peluang terbaik kepada ‘Tiktokers’ dan pempengaruh untuk tampil melaporkan pendapatan mereka.
Oleh kerana mereka bergiat secara terbuka di khalayak ramai, kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amaran, bahawa lembaga hasil (LHDN) nampak apa yang berlaku, tampil kehadapan, ini peluang terbaik dalam SVPD 2.0.
Selain itu, pihak LHDN juga ada inisiatif untuk mengadakan sesi libat urus bersama golongan ini bagi memahami dan mendapatkan maklum balas daripada mereka. LHDN juga ada membentuk satu unit khas bagi mengenal pasti golongan terbabit.
Diharapkan agar golongan pemilik perniagaan yang bermula kecil dan telah berkembang dan layak membayar cukai serta golongan individu dan syarikat yang tidak pernah melaporkan pendapatan mereka sebelum ini agar tampil melaporkan pendapatan mereka.
Pesanan ikhlas lagi penuh makna dari LHDN ini. Sama-sama kita jalankan tanggungjawab kepada negara tercinta.