M Update, 29/01/2024 – Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD) yang sentiasa bersedia 24 jam telah diaturgerak bagi membantu proses perpindahan mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pasukan ini juga memberi bantuan dalam melakukan pembersihan di kediaman mangsa banjir di samping membuang halangan yang menghalang pergerakan kenderaan.
Gerak kerja Op MURNI ini telah dilaksanakan oleh 2 Pegawai dan 10 orang anggota Lain-Lain Pangkat di Kg Besut, Setiu, Terengganu.
Sumber : MENHAN