M Update, 01/03/2024 – Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk memperluas manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada kegunaan selain pembelian barangan asas. SARA adalah konsep yang sesuai dan boleh dipertimbangkan untuk bantuan kaedah lain di masa depan.
Bagi tahun ini, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas antaranya beras, minyak masak, telur dan tepung kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Penerima yang layak untuk SARA diperluas merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berbanding hanya terhad kepada miskin tegar tahun lepas.
Terkini kadar bantuan untuk isi rumah SARA turut ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 pada 2023.