M Update, 21/03/2024 – Pelawak Shuib tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan rumi dan jawi yang hangat diperkatakan sekarang.
Shuib yang dilantik Duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontrak menganggap, tindakan menjual stoking tertera kalimah ‘Allah’ sebagai keji.
Sebagai umat Islam, Shuib mengeji penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ dan menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.
Bagaimanapun, Shuib perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.
“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah. Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam” – Shuib