Input your search keywords and press Enter.

Konflik Timur Tengah – Bawa Pulang Pelajar Malaysia

M Update, 16/04/2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Timur Tengah ketika ini, termasuk keperluan sekiranya ada, untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari negara terjejas.

Berdasarkan rekod semasa, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah sebanyak 1,872 orang yang berada di Jordan, 37 orang di Syria, lapan di Iran, manakala tiada pelajar negara ini dilaporkan di Lubnan dan Iraq.

Situasi terkini di Timur Tengah yang melibatkan Iran dan Israel serta secara tidak langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

KPT memantau menerusi pejabat Education Malaysia di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi  memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

Diharapkan pelajar-pelajar Malaysia di negara yang terlibat agar terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran melalui talian  (+9821) 8807 2444 (+9821) 8807 8606 atau e-mel mwtehran@kln.gov.my dan mwconsular.teh@gmail.com.

Bagi Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, boleh menghubungi talian (+962) 6590 2400 (+962) 78590 2400 atau e-mel mwamman@kln.gov.my dan amm.uhep@gmail.com.